Sunday, April 29, 2012

Asmara Orang Pencen

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.... Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la ni!!!"

Tuesday, April 24, 2012

Guru Kaunselling Yang Terlampau

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu. Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain. Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah. Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan... "Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?" Pelajar itu menjawab.. "Okey.. boleh saja...!" Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?" "Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan... "... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"

Friday, April 20, 2012

Jam Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik. Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?" "Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap." "Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit." "Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga. Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!" "Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu. Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa. Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

Tuesday, April 17, 2012

malunya saya

Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga. Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu? Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!! "Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat. "Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius. "Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan. "Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!" Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang. MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada. Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Malunya Saya!!

Monday, April 16, 2012

robot kesan bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu… Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang. “Kamu dari mana?” tanya Samad. “Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya. *PLANG* Robot tersebut menampar anaknya. “Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??! “Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”. “Cerita apa? “Cerita Papadom ayah”. *PLANG* “Katakan dengan jujur cerita apa?!” “Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”. Mendengarkan itu marahlah Samad. “Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie. *PLANG* Samad ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika… Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…” *PLANG* Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya… dan semua terdiam… Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak